Salam,
Baru-baru ni bapa mertua aku menggunakan gps aku untuk pergi ke KL. Walaupun dia mempunyai gps Lakatoo sendiri tetapi dia lebih suka menggunakan gps aku sbb gps aku menggunakan software papago yang lebih senang drpd gps dia yang menggunakan garmin. Selepas pulang dari KL, dia terus menyuruh aku meng'install' papago utk gps Lakatoo nya. Aku pun search la dlm internet mcm mn cara nak meng'install' papago utk Lakatoo.
Proton membekalkan GPS mudah alih, Lokatoo A903 sebagai assesori tambahan kepada penjualan kenderaan mereka.
Tetapi kebanyakkan pengguna Lokatoo berasa kurang puas hati dengan info peta digital original yang dibekalkan.
Peta digital yang mereka bekalkan adalah sangat tidak lengkap untuk dibandingkan dengan peta digital yang dibekalkan oleh forum-forum bebas seperti Malaysia & Asean Free GPS Forum (MFM) dan Malsingmaps .
Saya percaya ramai pemilik GPS Proton Lokatoo A903 masih lagi tercari-cari bagaimanakah caranya untuk
men'install' program GPS yang lain ke dalam Lokatoo A903 supaya mereka dapat menggunakan peta yang lengkap dari forum-forum yang dinyatakan di atas.
Untuk makluman anda, Lokatoo A903 menggunakan platform Windows CE 6. Ia adalah sejenis operating system untuk PDA dan Pocket PC.
Jadi, anda boleh men'install' pelbagai aplikasi di dalam Lokatoo A903 anda.
Di sini, saya akan menyampaikan cara untuk men'install' software Papago X3 ke dalam Lokatoo A903 anda.
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut
1. Sambungkan GPS anda ke komputer melalui kabel USB
2. Buat satu backup untuk folder "Guider" yang berada di dalam kad SD. (Copy folder tersebut dan paste kan ke directory "Desktop".
3. Muat turun software Papago X3. Boleh di buat di sini
4. File Papago X3 itu adalah dalam bentuk RAR. Untuk extract file tersebut, anda perlu ada WinRAR dan boleh di muat turun di sini.
5. Setelah di "extract", copy kesemua kandungan file "PaPaGO" dan paste kan ke dalam folder "Guider" yang berada dalam kad SD Lokatoo anda.
6. Buka folder "Guider" tersebut dan delete file "dp_Guider.exe"
7. Di dalam folder yang sama, cari file "Navi74800.exe" dan tukarkan nama file tersebut ke "dp_Guider.exe"
8. Setelah selesai kesemua langkah di atas, cabut sambungan USB dan cuba ON Lokatoo A903 anda.
9. Di muka hadapan A903, tap 2 kali di atas icon "Navigation". Selepas beberapa saat, Papago X3 akan dibuka.
10. Anda boleh muat turun peta Papago terbaru di Malfreemaps.
Sy harap cara-cara diatas dpt membantu anda untuk meng'install' papago ke dlm gps Lakatoo anda.